Saturday, August 12, 2017

Ketam Black Pepper



BLACK PEPPER CRAB
Cutemama delicacies Kitchen
azizahsulaiman

2 kg Ketam yg besar di bersihkan, goreng minyak tenggelam selama 3-4 minit hingga ketam merah, angkat dan toskan minyak.

Bahan A:
3 sudu makan mentega/ marjerin
Sedikit minyak masak

Bahan B:
2 biji bawang besar-potong dadu
7 biji bawang putih di cincang halus

Bahan C:
3 sudu mkn lada hitam biji ditumbuk kasar Dan disangar
1 sudu makan lada putih biji ditumbuk kasar di sangar
6 biji lada padi dipotong bulat
3/4 cawan daun Kari

Bahan D:
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan kicap pekat
2-3 sudu makan kicap cair
Sedikit air dlm 2 cawan
Gula secukup rasa

Bahan E: dibancuh
2 sudu makan tepong jagung + 1/2 cawan air

Panaskan didalam kuali bahan A.
Tumis bahan B hingga naik bau.
Masukkan bahan C, gaul rata.
Tuangkan bahan D, kacau rata tabur sedikit gula.
Masukkan ketam, gaul dan balik-balikkan supaya rempahnya rata dan meresap. Kemudian tutup kuali.
Biarkan sehingga ketam masak dan berubah warna. Apabila kuahnya hampir pekat, Masukkan bahan E dan Kacau rata hingga kuahnya pekat. Matikan api dan angkat.
Enak dimakan dengan nasi atau roti Perancis atau diratah begitu saja.

*Ketam bolih terus dimasukkan atau digoreng terlebih dulu.
Selamat mencoba.. Simple n Sedap

No comments:

Post a Comment