Thursday, June 1, 2017

Murtabak kulit Popiah




Murtabak kulit popiah
Resepi: Tiffin Biru

BAHAN-BAHANNYA :-)

450 g daging lembu cincang
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)
1 tangkai daun kari
2 biji bawang besar, didadu
1 camca besar tomato puree
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar rempah kurma
1 1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur
Kulit popia secukupnya
1 biji bawang besar, hiris nipis*
5 camca besar cuka makan*
3-4 camca teh gula*
Secubit garam*
2 camca besar cili sos*
Sedikit pewarna makanan merah*(*disatukan, gaul rata dan simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali (nak sedap tambah 1 camca teh minyak sapi). Tumis bahan2 tumbuk, tomato puree, bawang besar dan daun kari hingga wangi, masukkan rempah kari dan rempah kurma, gaul rata dan masukkan sedikit air, kacau rata dan masukkan daging. Tuang baki air dan masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, gaul rata dan masak hingga kering. Angkat dan sejukkan. Bagi kepada 3 bahagian sama banyak.
  2. Siapkan frying pan, tuang sedikit minyak dan ratakan. Ambil satu bahagian inti dan gaul bersama 1 biji telur hingga rata. Bentang 1 keping kulit popia, sudukan 1 1/2 camca teh inti dan lipat kulit popia tadi menjadi 4 persegi. Alih ke dalam frying pan tadi. Buat lagi dan ulang proses ini hingga siap.
  3. Masak dengan api perlahan sambil dibalik2kan sekali sekala hingga kuning keemasa. Angkat dan hidangkan bersama bawang jeruk sebagai pembuka selera. Selamat mencuba untuk semua....

CRISPY CRAB STICK

Crispy Crab Stick




KEREPEK JEJARI KETAM
Resipi asal : Kak Jamayah Bujang


Bahannnya :
  • Sebungkus crabstick - dicarik2 halus @ kalau rajin jemurkan dulu
  • 1/2paket serbuk kari (adabi - khas utk ketam & udang) - pilihan
  • Serbuk lada sulah - ikut kepedasan yg dikehendaki
  • Minyak untuk menggoreng
  • Daun kari secukupnya
Cara membuatnya :
  1. Carik2kan crabstick halus2.
  2. Gaulkan crabstick dengan sedikit serbuk kari dan lada sulah serta daun kari.
  3. Kalau rajin dan banyak masa terluang, boleh lah jemur dahulu.
  4. Goreng crabstick dalam minyak yang sederhana apinya sahingga kekuninggan.
  5. Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara bila sejuk.

Opor Putih

Optional
 OPOR AYAM PUTIH
Sumber: Dari buku Olala..
Done by: cutemama delicacies kitchen

Bahan bahan
1 ekor Ayam dibuang kulit dan segala lemak dan dipotong 6
3 biji kentang dipotong 4

Bahan di kisar halus:
20 gm ketumbar biji
10 gm jintan manis
10 gm jintan putih
1/2 jari halia
4 biji buah keras
6 biji bawang merah

Bahan lain:
5 gm serbuk Lada putih
500 ml santan dari 1 biji kelapa parut putih
2 helai daun salam
3 helai daun limau purut
1 keping asam
150 ml minyak utk menumis
Garam secukup rasa
1 cube Ayam (tambah)
Lada padi
Bawang  besar hiris bulat

Ayam dibakar sebentar hingga kering airnya ( saya goreng tanpa minyak utk matikan darah dan air Ayam kering ) angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis semua rempah kisar hingga garing.
Masokkan Lada putih, santan, dan bahan lain.
Apabila mendidih masukkan ayam dan kentang. Gaul rata.
Masokkan sedikit garam dan masak hingga Ayam dan kentang lembut dan kuahnya sedikit kering. Enak dimakan dgn nasi putih.