Monday, May 12, 2014

AYAM HALIA BERSOS

AYAM HALIA BERSOS
resepi dari dapur: azizah@cutemamadelicacies

bahan A:
1 kg ayam
5-6 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tepong jagung dibancuh dgn 1 cawan air
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang
2 biji tomato
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

bahan B: dihiris
5 inci halia
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
6 biji lada merah


Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga layu.
Masukkan ayam dan kacau rata dan masukkan sedikit air.
Masak ayam hingga lembut
Masukkan bancuhan tepong jagung,sos tiram, serbuk lada hitam, sos tomato dan garam.Biarkan hingga pekat.
Masukkan tomato buah yg dibelah 4-6 dan daun bawang.
Kacau rata, rasa dan tambah apa yg perlu.
Siap utk dihidangkan

SAMBAL AIR ASAM KERISIK

Sambal air asam ni memang sedap.. ia menggunakan kerisik yg membuat sambal ini lain dari sambal air asam biasa.. Enak dihidang dgn Ikan Bakar.. Coba lah.. 

SAMBAL ASAM KERISIK
SOURCE: chef Hanieliza
done by: Azizah@cutemamadelicacies

Bahan A:
1 sudu makan asam jawa
2 biji lada merah
5 biji lada padi
1/2 cawan air suam
1 biji tomato dipotong dadu
1 inci belacan
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam

Bahan B:
2 biji tomato
1biji bawang besar dihiris nipis
3 biji lada hijau dihiris halus
2 biji lada merah dihiris halus
5 biji limau kasturi
1 sudu makan kerisik

1. Gaul asam jawa dan air..kemudian tapis
2. Masukkan semua bahan A dlm pengisar dan dikisar kasar.
3. Limau dibelah dan dibuang bijinya
4. Gaulkan bahan yg dikisar ke bahan B.
5. Hidang dgn ikan bakar