Tuesday, September 15, 2015

TAHU MASAK ASAM TAUCO


Tahu masak Asam Tauco
4 keping tahu yg besar dipotong dadu atau potong suka hati.
12 ekor udang di kupas kulitnya
10 batang lada hijau dipotong 3 atau dihiris bolih tambah cili padi
2-3 biji bawang besar dihiris bulat
2 ulas bawang putih dihiris
2 batang serai
Setengah botol tauco diramas sedikit
2 cawan air
2 inci belacan
Asam jawa sebesar setengah biji telor
Garam
Gula
Perasa..optional
Minyak utk menumis
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng tahu yg sudah di potong sekadar sedikit kekuningan saja jgn garing. Angkat dan ketepikan.
Asam jawa, belacan dan 2 cawan air dicampurkan dan diramas hingga rata dan diketepikan.
Minyak baki goreng tahu tadi di tumiskan serai titik, masukkan bawang putih, bawang besar dan lada hijau. Tumis hingga wangi.
Masukkan tauco ramas dan udang. Gaul rata.
Masukkan perasa.. Gaul rata dan biarkan renih selama 5 hingga 10 minit. Padamkan api dan bolih di hidangkan.
*sekira suka pedas.. bolih masukkan lada padi.