Tuesday, January 6, 2015

ROTI GULUNG SADIN

Azizah’s Kitchen

Roti Gulung Saddin
sesuai utk sarapan, minum petang, berkelah dll
Bahan-Bahan

1 bungkus roti bun
4 biji telor
110 gm tepong beras disatukan dgn
100 gm air + 1 s/t garam
Secukup minyak buat goring

  • Pukul telor dgn garpu..kemudian satukan dgn bahan-bahan tepong digaul rata
  • Panaskan minyak..ambil segulung roti dicelopkan pada tepong yang digaul bancuh tadi dan digoreng hingga kuning dan garing..angkat dan toskan minyaknya

Bahan-bahan inti sadin:
1 tin sardine dibuang sedikit sosnya
1 biji bawang jepun dipotong dadu
2 biji bawang putih dicincang halus
3 s/m lada kering yg sudah kisar
½ s/t garam
½ biji air perahan lemon atau 1 biji limau kasturi
4 s/m minyak buat tumis
1 pokok daun ketumbar di hiris

  • Ikan sadin dibuang tulangnya lalu dihancurkan sedikit
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih, lada kisar hingga wangi baunya
  • Masukkan bawang besar, ikan sadin, garam, air lemon..dikacau hingga rata dan masak..
  • Sapukan sedikit sadin diatas sekeping roti lalu digulung kemas..buat semuanya hingga habis baru digoreng

No comments:

Post a Comment