Thursday, August 28, 2014

MEE SIAM GORENG (2)



mee siam goreng darat

CUTEMAMADELICACIES KITCHEN
ANOTHER RESEPI MEE SIAM CLICK DISINI

Mee Siam
1 bungkus mee hoon (rendam sebentar dgn air hangat hingga lembut, toskan)
250 gm taugeh (bersihkan)
1 cawan lada kering kisar (kalau kurang pedas, boleh tambah)
3 biji bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
300 gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja)- digoreng sebentar
2 sudu makan udang kering (rendam, kisar)
beberapa keping fish cake (potong ikut suka)
sedikit belacan (sikit jerr)
3 sudu makan tauco (lecek halus)
3 sudu makan sos tomato
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
minyak utk menumis
daun sup/bawang, bawang goreng, lada merah hiris, hirisan telur dadar, limau kasturi.

Cara
Kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, belacan dan campurkan dgn cili kering kisar tadi. Panaskan minyak dalam kuali lalu tumislah bahan2 kisar ini. Setelah garing, masukkan tauco, gula, garam dan kacau lagi. Kemudian masukkan taugeh dan fish cake, udang dan seterusnya mee hoon yg telah dicelur tadi. Akhir sekali masukkan sos tomato dan gaul rata-rata. Angkatlah dari kuali dan bubuhlah bahan taburan di atas mee siam ini.

Nota:
Kalau nak buat Mee Siam berkuah, siapkan rencah tumisnya (i.e bawang besar/putih, cili kisar,belacan) seganda (twice the amt). Tumis rencah ini sehingga garing, masukkan sedikit gula, garam. Ketepikan. Kemudian ambil 1/3 rencah panaskan dan masukkan taugeh dan mee hoon jer. Gaul rata.

Untuk kuahnya, ambil lebihan rencah tumis tadi dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan air (kira-kira 3-4 mangkuk, atau lebih) . Bubuh 1/2 botol tauco yg telah di tumbuk separuh halus, sedikit garam, air asam dan gula. Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Boleh juga dibubuh sedikit kacang tanah yg telah sangai dan ditumbuk kasar2. Sesuaikan rasanya, ada rasa tauco, masam sikit dan manis. Bahan-bahan seperti fish cake, udang hidup, daun sup/bawang, lada merah hiris, telur dadar tidak digunakan.



resepi sumbangan Bro Rozzan


No comments:

Post a Comment